Faiz Subri Dedah Kenapa Tercari-cari Dalam Handphone Sebelum Berucap

Nama Mohd Faiz Subri menjadi perhatian dunia ketika ini kerana jaringan ‘ajaib’ sehingga berjaya dinobat penerima Anugerah Puskas FIFA 2016.

Melalui video ucapan di anugerah tersebut, tentu ada yang bertanya kenapa Faiz agak lama mencari sesuatu dalam telefonnya sebelum berucap sehingga seorang pengacara yang cuba mengawal suasana majlis sempat bertanya kepada Faiz jika dia memerlukan apa-apa bantuan.

“Do you need any help?” soal pengacara tersebut, namun Faiz hanya menundukkan kepala sebagai isyarat dia tidak perlukan bantuan.

Faiz menjelaskan beliau dalam keadaan gementar ketika itu, mujurlah beliau berjaya menemukan teks ucapan yang dicarinya.

I am so nervous, lucky I can find this on my cellphone, thank you everyone, Malaysia boleh, haria Penang, haria” (Saya sangat gementar, mujur saya jumpa ini dalam telefon saya, terima kasih semua, Malaysia boleh, haria Penang, haria” tulisnya.

Beliau turut mengirimkan gambar teks ucapan tersebut.

Berikut video ucapan tersebut.


Menjadi penerima anugerah sebesar itu tentulah membuatkan Faiz ‘gabra’, apapun tahniah!!

Artikel Berkaitan

Apa Kata Anda

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *