DS Anwar masih mengharapkan PAS!!

Anwar_IbrahimPerutusan DS Anwar mengenai penubuhan Amanah

KENYATAAN MEDIA

Perutusan DS Anwar Ibrahim mengenai penubuhan Amanah pada 1 September 2015. DS Anwar Ibrahim telah menyampaikan perutusan berikut melalui peguam beliau pada 1 September 2015:

“Saya telah dimaklumkan mengenai niat penubuhan Parti Amanah Negara (PAN) seperti yang telah diumumkan Sdr Mohamad Sabu semalam.

Penubuhan sebuah parti pembangkang baru yang komited kepada perubahan dan reformasi merupakan satu petanda baik bagi politik matang yang mengetengahkan kebertanggungjawaban demokratik.

Amanah akan terus mengukuhkan pembangkang di peringkat nasional, bersama KEADILAN, PAS, DAP; dan kami akan memperluas muafakat ini termasuk kepada NGO-NGO lain yang komited dan yang berkongsi matlamat yang sama.

Fokus kini adalah untuk memberikan Rakyat satu alternatif yang berdaya maju, berasaskan kedaulatan undang-undang dan nilai-nilai demokratik.”

Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN
1 September 2015

Komen Anda

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *