Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin mempersoalkan kelayakan penceramah kontroversi Zamihan Mat Zin menjalani program pemulihan melibatkan mereka yang dituduh menyokong IS, walaupun tidak menamakan pegawai Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) itu secara khusus.

“Bolehkah pelampau memulihkan pemikiran pelampau? Ini bukan kali pertama beliau menzahirkan pemikiran pelampaunya,” kata Asri dalam catatan di Facebook, sambil merujuk kritikan terhadap langkah sebuah surau di Pulau Pinang membenarkan orang bukan Islam berehat di ruang solat untuk berlindung daripada banjir paling dahsyat di negeri itu.

“Tidak cukup mengkafirkan sesama Muslim selama ini, diheret pula non-Muslim ke dalam kancah ekstremisme beliau,” tulis Asri.

Ia dipercayai merujuk kritikan Zamihan baru-baru ini selepas gambar mangsa banjir bukan Islam berehat di sebuah surau di Taman Free School, George Town.

Zamihan memuat naik penjelasan panjang lebar fekah, sambil mempersoalkan bukan Islam dibenarkan di ruang solat tanpa menutup aurat. Malah, beliau berkata keadaan belum mencapai “darurat” untuk melakukan sedemikian.

Zamihan merupakan pegawai Jakim yang dipinjamkan kepada Kementerian Dalam Negeri, dan kini aktif menjalankan program pemulihan terhadap tahanan suspek militan.

Dua hari lalu, beliau memuat naik gambar dari Penjara Tapah, Perak di akhir sesi pemulihan dan “deradikalisasi” yang menyentuh hukum jihad, di samping peranan polis dan tentera.

Asri, yang merupakan antara sasaran Zamihan dan pengikutnya di bawah persatuan Ahlus Sunnah Wal Jamaah (Aswaja), mempersoalkan pihak berkuasa yang masih menggunakan khidmatnya di sebalik beberapa kontroversi termasuk isu mengkritik Sultan Johor dan menghina bukan Islam baru-baru ini.

“Pihak berkuasa wajar menilai semula hal ini dengan serius,” tulisnya. – FMT

Artikel Berkaitan

1 KOMEN

  1. zamihan ni bertopeng Sunnah tp pro syiah.

    tu sebb buat ngo nama ASWAJA

    sedangkan nama ahli Sunnah tu tidak harus dipopularkan
    kerana ia tidak secara langsung menganggap ada satu golongan
    islam lagi iaitu syiah.

    yg ada ialah islam dan syiah. dua agama yg berbeza.

    keduanya bila org berlebih2 menggelar diri mereka dgn satu gelaran
    ia boleh jadi satu topeng utk memperdaya. umpama pencuri yg
    menjerit tolooong pencuri. dia jerit supaya org tak sangka dialah
    pencuri tu.

    zamihan dan walaunnya abu syafiq memang terkenal menyerang
    agamawan2 yg membawa Sunnah dan pembelajaran hadis dlm
    masyarakat. semua mereka dituduh wahabi.

    tapi bila sultan johor menegur dobi islam, mereka tidak berani
    mengatakan sultan pun wahabi.. walhal semua peristiwa isu tersebut
    dituduhkan kpd wahabi yg mencipta isu.

    dangkal sungguh zamihan ni.

    kalau zamihan ceramah, org muaalaf pun boleh murtad semula.

    lari org dr islam kerana org mcm ni.

    dr maza pernah buat seminar didepan org2 cina, zamihan… kau ada?

BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here