Dia Gila, Kata Nazri Aziz

“Dia gila,” kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Dia gila. Kita jual tanah kepada kedutaan untuk buat bangunan kedutaan. Syarikat luar untuk membina projek mereka, ini bukan satu kesalahan.

“Sedangkan sebelum ini banyak juga tanah telah dijual ketika zaman Tun Mahathir lagi. Kenapa dia tidak fikir pasal itu masa dia jual tanah.”

Soal Nazri Aziz dipetik Malaysiakini apabila dakwaan Mahathir sebelum ini tanah yang dijual kepada orang asing akhirnya akan menjadikan Malaysia negara asing.

Tun Mahathir melalui blognya mendakwa strategi perdana menteri menarik FDI melalui penjualan tanah sama seperti menjual Singapura kepada Bristish pada zaman negara dijajah.

Beliau memberikan contoh projek Forest City di Johor yang dibangunkan syarikat berpangkalan di China yang didakwanya akan didiami 700,000 orang dari China.

Ini jawapan Nazri selanjutnya yang boleh menentukan siapa terlebih ‘sasau’.

“Saya nak tanya Dr Mahathir kalau kita jual tanah sebanyak satu ekar kepada orang luar, lepas tu kita potong-potong tanah itu dan bawa ke China.

“Di Johor, kalau seekar kita potong-potong kemudian kita boleh ke hantar kepada negara China?,” Soal Nazri.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *