SHARE

Gara-gara dendam, seorang bapa maut dikelar anak yang mengamuk menggunakan parang.

Menurut laporan Harian Metro, mangsa, 60, mati akibat cedera teruk di leher di ruai Rumah Panjang Long Pawah di Belaga, jam 4 pagi semalam.

Dilaporkan ia disebabkan “dendam lama” berikutan bapanya sering memukul suspek ketika remaja.

“Dalam keadaan kecoh itu, suspek terus meluru ke arah bapanya sebelum mengelar leher lelaki itu,” kata sumber.

Melihat bapanya berlumuran darah, suspek, 26 tahun, kemudian lari ke hutan sebelum menyerah diri bersama senjata kepada polis.

Seorang lelaki, usia 30-an turut cedera ketika cuba menenangkan suspek.

Kejadian itu disahkan ketua polis daerah Belaga, DSP Melay Tingom dan kes disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Artikel Berkaitan

BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here