Debat – “Saya Nazri Aziz, Saya bukan Rahman Dahlan”

Selepas semalam, hari ini Datuk Seri Nazri Aziz sekali lagi bertegas akan tetap berdebat dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut Malaysiakini, beliau berkata, tidak ada apa-apa yang boleh menyekatnya daripada berdebat dengan bekas perdana menteri itu.

“Mengapa saya perlu (menarik diri daripada berdebat)?

“Saya Nazri Aziz, kamu patut lebih tahu saya ni macam mana. Saya bukan Rahman Dahlan,” katanya.

Sebelum ini rakan sekabinetnya, Datuk Abdul Rahman Dahlan membatalkan rancangan berdebat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Semalam Nazri mengesahkan menyambut cabaran Dr Mahathir untuk berdebat mengenai isu 1MDB serta skandal kewangan awal 1980-an, Bumiputra Malaysia Finance yang dikaitkan dengan pengerusi BERSATU itu.

Nazri berkata, beliau akan berdebat dengan Dr Mahathir tanpa sebarang syarat, malah bersedia berseorangan berdepan dengan bekas bosnya itu.

Dr Mahathir pula menegaskan, beliau akan berdebat dengan Nazri di kawasan parlimen Padang Rengas yang diwakili menteri pelancongan dan kebudayaan sejak 1995.

Menurut pembantu Dr Mahathir, persiapan sedang disusun bagi membolehkan debat itu berlangsung.

Komen Anda

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *