SHARE

Keluarga durjana, datuk, bapa kandung, dan 2 bapa saudaranya kini ditahan polis kerana merogol seorang gadis sejak berumur 13 tahun. Kejadian berlaku di Kampung Daha Seroban, Serian, kira-kira 50km dari Kuching.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar, polis pada mulanya menerima laporan daripada Hospital Serian mengenai seorang gadis mengandung yang dirujuk ke hospital untuk pemeriksaan.

Hasil siasatan awal, gadis itu mendedahkan bahawa dia telah dirogol oleh 4 orang lelaki iaitu bapa, datuk dan 2 bapa saudara sejak dia berumur 13 tahun, manakala adiknya yang kini berumur 14 tahun turut menjadi mangsa mereka.

“Wanita itu juga mendedahkan bahawa adiknya turut dirogol sejak berumur 9 tahun. Kesemua insiden ini dikatakan berlaku di rumah mereka di Kampung Daha Seroban, Serian,” katanya dalam satu kenyataan dipetik Free Malaysia Today.

Polis telah menahan 4 suspek berumur antara 26 dan 57 tahun.

Dev berkata suspek yang merupakan bapa kandung, datuk dan bapa saudara gadis itu tinggal serumah, dan semua mereka bekerja sebagai petani.

Gadis dan adiknya itu tidak bersekolah.

Artikel Berkaitan

BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here