SHARE

Jawatan Penolong Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kini disandang Datuk Maimunah Mohd. Sharif yang juga Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

Memetik laporan Utusan Online, beliau dilapor telah mengangkat sumpah dihadapan Setiausaha Agung PBB, Antonio Gutteres di ibu pejabat PBB di New York, Amerika Syarikat.

Majlis itu diadakan pada 30 Januari pukul 2.00 petang waktu tempatan atau 31 Januari pukul 3.00 pagi waktu Malaysia.

Beliau turut mengangkat sumpah jawatan Pengarah Eksekutif UN-Habitat yang dijawatnya sejak 1 Januari lalu.

Disember lalu, Maimunah mendapat sokongan sebulat suara dalam perhimpunan agung pertubuhan itu bagi jawatan Pengarah Eksekutif yang menjadikannya sebagai wanita Asia pertama menjawatnya.

Perlantikan beliau sebagai Pengarah Eksekutif menggantikan bekas Datuk Bandar Barcelona, Joan Clos yang tamat kontrak pada 31 Disember lalu secara rasmi.

Artikel Berkaitan

BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here