SHARE

Bekas bebas calon bebas Maimun Yusuf belum serik  untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

Disapa Tok Mun sahaja, calon bebas kerusi parlimen Kuala Terengganu pada 2008 dianggap berjaya “mengalih undi” tokoh PAS waktu itu Mohamad Sabu.

Warga emas itu, 99 tahun, ingin meneruskan hasrat itu, seperti juga pilihan raya 2013, jika sumber kewangannya mencukupi.

Sejak berkempen dua pilihan raya itu, penduduk Atas Tol itu membelanjakan kira-kira RM60,000, lapor Harian Metro hari ini.

“Walaupun sudah habis banyak wang, tok masih tidak serik untuk mencuba dan memang mahu sangat bertanding lagi kalau ada pitih [duit], tok juga masih sihat,” katanya ketika ditemui akhbar itu di rumahnya.

Namun, katanya, beliau terpaksa melupakan hasratnya kali ini kerana “tidak sempat untuk kumpul pitih” kerana pilihan raya umum diadakan bila-bila masa.

Dalam pertandingan tiga penjuru, selain Maimun dan Mohamad, calon Barisan Nasional waktu itu Datuk Razali Ismail menang tipis dengan majoriti 628 undi.

Tok Mun hilang wang pertaruhan apabila mendapat 685 undi. Kerusi itu dimenangi Razali dengan 32,562 undi. Mohamad meraih 31,934 undi.

Pada 2013, Tok Mun yang hanya berbasikal tanpa jentera kempen untuk meraih undi sekali lagi hilang wang pertaruhan apabila hanya mendapat 182 undi.

Kerusi Kuala Terengganu disandang oleh Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, wakil PAS yang kini memimpin Parti Amanah Negara (Amanah) Terengganu. – MMO

Artikel Berkaitan

BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here