Coretan menarik pemuda India ini tentang Dr Zakir Naik

Pemuda_India_Zakir_NaikCoretan menarik seorang pemuda India di Facebook tentang penceramah tersohor Dr Zakir Abdul Karim Naik sempena kedatangannya ke Malaysia.

Pemuda tersebut yang juga seorang mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS), Risimaran Subramaniyam merayu pihak berkuasa membenarkan beliau untuk berdakwah.

“Saya telah mendengar ceramah Dr Zakir sejak saya berumur 14 tahun, jelas gila kalau dengar ceramah dia kat Youtube. Bagi tahu saya siapa yang mampu untuk ingat keseluruhan versi kitab agama yang ada di dunia ini seperti Al-Quran, Bhagavad Gita, Tripitaka, Bible Penjanjian Lama dan Baru, semuanya (Zakir Naik) dah dikhatam, bukan setakat baca tapi khatam.

“Saya penganut Hindu yang tulin dan datang dari keluarga yang kuat berpegang dengan ajaran agama Hindu. Keluarga saya amat menitik beratkan ajaran agama Hindu. Selain itu saya banyak mengkaji mengenai ajaran, hukum dan semua yang berkaitan Islam. Kenapa saya belajar mengenainya? Supaya saya boleh lebih memahami mengenai ajaran agama lain dan saling menghormati dalam apa jua keadaan,” katanya dipetik Suara.tv.

Risimaran turut menyifatkan Zakir Naik sebagai seorang ulama Islam yang menyebarkan ilmu dan bukan sebaliknya.

“Secara jujurnya walupun ceramah yang disampaikan (Zakir Naik) nampak mudah namun ia sangat bermakna kerana senang nak faham dan kuliah beliau yang banyak mengajar saya tentang Islam. Kemon la, kuliah dia (Zakir) mengenai persamaan antara Hindu dan Islam. Saya amat bangga apabila ada penganut bukan Hindu mampu bercakap dengan baik mengenai pegangan agama saya. Beliau telah berjaya menambat hati dan minda saya.

“Malaysia patut bangga sebab Ulama macam beliau tak senang nak pijak Bumi kita, tolong jangan halang orang berdakwah (kerana) dia sampaikan ilmu (dan) bukannya menyebarkan ajaran sesat bagai. Beliau seorang ulama yang ulung. P/s: Hindus dan Muslim, jangan salah faham dengan maksud yang ingin saya sampaikan. Saya tidak berniat untuk mewujudkan sebarang sentiman agama” ujarnya lagi.

Artikel Berkaitan

Apa Kata Anda

One thought on “Coretan menarik pemuda India ini tentang Dr Zakir Naik

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *