SHARE

Siti_Nurhaliza_MahathirDua artis tersohor juga menyatakan sokongan kepada bekas Perdana, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Datuk Siti Nurhaliza menulis di akaun Instagramnya menyatakan yang beliau menyayangi dan akan sentiasa bersama menyokong Dr Mahathir untuk selamanya.

“Love u Tun & sentiasa bersama Tun..Sejarah kepimpinan Tun mengharungi pelbagai cabaran &dugaan membangunkan Malaysia hingga terkenal di mata dunia patut kita hargai serta contohi.

“Tiada yang muda kalau tidak kerana orang tua .. #sayaanakMalaysia #sebak,” tulisnya.

Sejak dimuat naik tujuh jam lalu, gambar dan status tersebut disukai lebih 14 ribu pengguna lain.

Pelakon terkenal Rozita Che Wan atau Che Ta turut menyatakan sokongan kepada Dr Mahathir melalui akaun Instagramnya.

“Tun tidak keseorangan..kami sentiasa teguh di belakang….,” tulis Rozita.

Artikel Berkaitan

BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here