Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Bhd, Tan Sri Tony Fernandes mengahwini teman wanitanya berbangsa Korea, Chloe setelah dikatakan bercinta lebih 2 tahun.

Majlis perkahwinan itu diadakan di Cote d’Azur, Perancis yang dihadiri keluarga dan teman rapat.

Memetik laporan BH Online, gambar yang diperolehi New Straits Times itu menunjukkan Tony kelihatan segak memakai suit tiga lapis manakala isterinya menawan dengan gaun putih panjang.

Tidak banyak diketahui mengenai Chloe, 20-an, nama keluarganya juga hanya diketahui keluarga dan teman rapat.

Antara tetamu kehormat yang menghadiri majlis itu ialah Pengerusi AirAsia dan Ketua Eksekutif Tune Group, Datuk Kamarudin Meranun; Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak dan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz.

Artikel Berkaitan

BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here