Bonus Raya Penjawat Awam RM1000?

Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menggesa agar kerajaan memberi bonus raya sekurang-kurangnya RM1,000.

Menurut laporan Malaymail yang memetik laporan Utusan Malasia, Ceupacs betkata jumlah itu boleh “memberi kelegaan” kepada 1.6 juta penjawat awam yang akan menyambut hari raya pada bulan hadapan.

“Saya akan berjumpa dengan pihak kerajaan untuk menyampaikan hasrat Cuepacs,” kata presidennya Datuk Azih Muda.

Beliau juga menafikan kerajaan akan memberikan bonus RM500, seperti lazim, seperti teresebar kerana jumlah tahun ini masih belum ditetapkan.

“Namun kita masih belum memutuskan kadar bonus itu tetapi kita berharap jumlahnya […] sekurang-kurangnya RM1,000,” kata Azih lagi.

Komen Anda

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *