Utama Politik Boleh jadi Umno taja AMANAH di Kelantan – PAS

Boleh jadi Umno taja AMANAH di Kelantan – PAS

508
1
SHARE

Peristiwa tahun 1978 mungkin berulang di Kelantan apabila parti serpihan bekerjasama dengan Umno bagi menumbangkan kerajaan PAS kata Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar.

“AMANAH mungkin bekerjasama dengan Umno untuk tumbangkan kerajaan PAS di Kelantan seperti yang pernah dilakukan Parti Barisan Jemaah Islamiah SeMalaysia (BERJASA) pada PRU 1978.

“Kemungkinan itu tidak dapat ditolak, boleh jadi Umno taja calon daripada AMANAH di kawasan yang mereka anggap boleh menang,” katanya kepada Harakah Daily dipetik Malaysiakini.

BERJASA merupakan serpihan daripada PAS yang diasaskan oleh Datuk Muhamed bin Nasir yakni bekas Menteri Besar Kelantan yang dipecat dari parti Islam itu.

Beliau mengajak  jentera PAS di semua peringkat melipat gandakan usaha bagi mempertahankan kerajaan negeri yang ada sekarang.

“Kita hendaklah berusaha sedaya mungkin bagi mempertahankan kerajaan negeri yang ada sekarang. Sekarang kelihatan muncul satu kesedaran cinta kepada perjuangan.

“Kalau kita sayangkan Kelantan hendaklah kita mempertahankan kerajaan negeri seumpama Rasulullah SAW dan para sahabat mempertahankan Kota Madinah ketika perang Ahzab,” tambah beliau.

1 COMMENT

  1. Patutla nak sangat jadi TMB Kelantan, sebab bodo dan mabuk ketum. Nak buka mulut lungkang pun fikir sikit malu anak cucu, komen dah la tak da kualiti, becakap level budak sekolah. Elok la gi jual tongkat ali.

APA KATA ANDA