Import imam Masjid Nabawi bantu kempen PRU?

 

ImamMasjidNabawiUMno BN menjemput khas Imam dan khatib Masjid Nabawi, Fadhilatul Al-Syeikh Solah Muhammad Al-Budair untuk ke Malaysia. Imam tersebut akan berada di negara ini mulai esok sehingga 4 Mei ini sebagai tetamu kerajaan Malaysia.

Imam tersebut datang esok 19/4 dan berakhir pada 4/5 sehari sebelum hari pengundian. Maaf cakap, kalau kehadirannya juga adalah untuk kempen PRU. Sebabnya, lama benar lawatannya ke negara ini, hampir dua minggu. Kebiasaannya kalau tetamu kehormat dia tak akan tinggal lama. Juga lihatlah tarikh lawatannya ke Malaysia. Ulasannya tentang Malaysia diperlukan Najib Razak. Kelibatnya juga diperlukan untuk tontotan rakyat Malaysia.

Imam besar tersebut akan  mengimamkan solat Zohor di Masjid As-Syakirin, KLCC Sabtu ini. Juga memimpin solat Jumaat dan menyampaikan tazkirah Jumaat di Masjid Negara dan Masjid Putra, Putrajaya masing-masing pada 26 April dan 3 Mei. Beliau juga akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu”adzam Shah dan mengadakan kunjungan hormat kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Anggaplah tanggapan ini salah dan semoga Syeikh Fadhilatul Al-Syeikh Solah Muhammad Al-Budair tak dipergunakan…

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *