BERSATU Tanding 11, AMANAH Tanding 2 Kerusi DUN Selangor?

DUN SelangorSpekulasi yang dibawa oleh ahli seumur hidup PKR yang dipecat, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard yang mendakwa Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali sudahpun memuktamadkan pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bagi Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14).

Menurutnya, PKR dan DAP masing-masing memperolehi 15 kerusi dan bakinya dibahagikan kepada tiga parti lain antaranya Parti Amanah Negara (PAN), PAS dan PPBM.

Jumlah kerusi yang diperuntukkan kepada PPBM adalah melebihi kerusi PAN, iaitu sebanyak 11 kerusi manakala PAN hanya diberikan dua kerusi DUN.

Tindakan itu mencerminkan kepimpinan Azmin tidak pasti akan kemenangan PAN sekiranya diberikan lebih daripada dua kerusi.

“Dengarnya (Datuk Seri) Azmin sudah muktamadkan agihan kerusi di Selangor, bukan kata PH parti dia sendiri pun dia langgar putuskan bincang sama kartel je…

“Tahniah Amanah (PAN) dapat 2 kerusi SAHAJA…,” tulis Chegubard dalam Facebook dipetik Malaysia Gazette hari ini.

PAS diberikan 13 kerusi sama seperti yang dimiliki parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang, di negeri itu.

Untuk rekod, Selangor mempunyai 56 kerusi DUN dan PH memerlukan 29 kerusi untuk mengekalkan pemerintahan.

Artikel Berkaitan

Apa Kata Anda

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *