Pelakon era 90-an, Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim dihukum penjara 11 tahun atas dakwaan menyeludup dadah jenis syabu dalam duburnya ketika tiba di Medan, Indonesai pada April lalu.

Laporan AFP menyebut aktor berusia 38 tahun itu turut diarah membayar denda berjumlah AS$74,000 (RM312,539) oleh Mahkamah Daerah Medan.

Hukuman penjara diterima Benjy adalah lebih rendah berbanding 14 tahun dicadangkan pendakwa raya selain terlepas hukuman mati.

“Kami mengisytiharkan defendan, Benjy terbukti bersalah dari segi undang-undang kerana memiliki dan mengawal narkotik,” kata Ketua hakim, Prasetyo Wibowo.

Benjy merupakan anak sulung kepada pelakon, Allahyarhamah Azean Irdawaty yang meninggal dunia akibat kanser pada 17 Disember 2013.

Artikel Berkaitan

BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here