SHARE

Seorang pembaca berita TV3 siaran Nightline teruk dikecam netizen gara-gara berpakaian kurang sopan sehingga menampakkan lurah dada ketika bersiaran.

Foto-foto dimuat naik seorang pengguna di laman Facebook.

“Sepuluh kali aku dok zoom benda nie sama ada baju ka memang lurahhh dia?? Aku nie jenih suka tengok berita tengah malam walaupun bahasa Inggeris bangang sikit.

“Tapi aku rasa tak sesuai sungguh pemberita baca berita dengan pakaian macam nie. Macam nie dipertontonkan dekat rakyat 1 Malaysia kaaa??????

“Pakai yang lebih sopan boleh kot. Erghhhh harap ada yang boleh tegoq suruh pemberita dia jangan terlalu seksa sangat,” tulis Ekyn Rosni menerusi posting berkenaan.

Perkongsian itu terus mendapat kecaman pengguna Facebook yang lain yang rata-rata tidak bersetuju dengan cara pemakaian pembaca berita berkenaan.

Sepatutnya TV3 perlu memberi perhatian tentang perkara ini.

Artikel Berkaitan

BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here