Polis hanya pandai mengira setakat 3000 orang. Polis berkata hanya 3000 orang yang hadir membantah pembinaan loji pemprosesan nadir bumi di Gebeng oleh syarikat Lynas Advanced Material Plant (Lamp). Kita merasakan amat tidak logik dengan kiraan polis. Kita lihat jumlah kehadiran peserta yang dilaporkan media.
Utusan Malaysia lebih pandai sedikit mengira berbanding polis dengan mengatakan peserta yang hadir kira-kira 5 000 orang yang hadir.
Utusan Malaysia
MStar Online juga melaporkan hanya 5000 peserta yang hadir ke perhimpunan tersebut.
MStar Online
Berita Harian lebih pandai mengira berbanding polis dan Utusan Malaysia dengan mengatakan perhimpunan itu dibanjiri hampir 10,000 peserta.
Berita Harian
Malaysiakini pula melaporkan tidak kurang 10,000 sedang membanjiri padang mengikut perkiraan penganjur.
Malaysiakini
HarakahDaily melaporkan hampir 20 000 peserta yang menghadiri perhimpunan tersebut.
Harakah Daily
Kesimpulannya hangpa semua wartawan ‘bodo’, tak pandai mengira!! Hanya polis yang cerdik!!
“Stop Lynas, Save Malaysia”









Komen Terkini