Polisi melarang wanita bertudung bekerja di bahagian perkhidmatan pelanggan (fontdesk) dipersoal dan dianggap “kesan Islamofobia” serta sebagai dasar diskriminasi berdasarkan agama dan jantina.

Peguam dan pengulas politik, Azhar Harun (Art)

“Tidak menjadi hal jika hotel mengikuti prosedur operasi standard (SOP) antarabangsa, tapi mengapa wanita tidak boleh bertudung ketika bertugas sebagai kakitangan barisan depan di hotel antarabangsa?” soalnya mengenai SOP yang diamalkan oleh sebuah hotel terkemuka.

“Adakah mereka tidak cukup berpenampilan kemas jika memakai tudung? Adakah tudung menjejaskan keupayaan mereka melayani pelanggan hotel?

“Adakah mereka tidak mesra jika memakai tudung?”

Soalnya sambil menambah beliau faham jika larangan itu untuk wanita yang berpurdah.

“Tetapi kenapa tudung?

“Saya sedar larangan Perlembagaan Persekutuan terhadap diskriminasi hanya terpakai kepada undang-undang dan pihak berkuasa awam.

“Bagaimanapun, trend seluruh dunia dalam milenium ini adalah sektor swasta juga sepatutnya mengamalkan semangat Perlembagaan yang mana mereka dengan lantang menuntut negeri berbuat demikian.”

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar

“Jika sememangnya larangan pekerja bertudung merupakan polisi syarikat terutamanya hotel antarabangsa, kementerian pelacongan harus mempertimbangkan untuk menarik kembali lesen mereka untuk beroperasi.

“Kerajaan harus jawab bagaimana mereka membenarkan hotel antarabangsa untuk melakukan diskriminasi terhadap amalan agama.” – The Malaysian Insight

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin

“Saya menyokong agar syarikat yang mendiskriminasi wanita bertudung diambil tindakan dan ditarik lesen perniagaan.

“Satu senarai syarikat yang melakukan diskriminasi ini harus disiarkan untuk pengetahuan awam. Umat Islam dan sesiapa yang peka pada hak asasi manusia mestilah memulaukan syarikat dan produk berkenaan,” – Malaysiakini

Aktivis, Dr Rafidah Hanim Mokhtar

“Hanya kerana berada di sektor swasta tidak mengecualikan hotel itu menghormati hak seseorang untuk mengamalkan ajaran agama mereka.”

Hujah itu juga boleh terpakai kepada Malaysia Airlines.

“Hakikatnya kru penerbangan bertudung melayani penumpang semasa musim haji dalam penerbangan ke Mekah adalah bukti bertudung bukan faktor ketidakcekapan.” – FMT

Isu tersebut dibangkitkan dalam laporan Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) baru-baru ini.

Pengarah Eksekutif MEF, Datuk Shamsuddin Bardan berkata, beliau menerima aduan daripada pekerja hotel berhubung larangan memakai tudung di tempat kerja.

Artikel Berkaitan

BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here