Utama Sukan “Angkuh, sombong, bongkak bukan budaya kita.”, Untuk TMJ ke Tan Sri?

“Angkuh, sombong, bongkak bukan budaya kita.”, Untuk TMJ ke Tan Sri?

517
0
SHARE

“Bangganya kita jangan melampau batas hingga kita membenci semua orang, mengutuk dan menghina,” kata bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa.

Laporan MyNewsHub menyebut, beliau meminta semua pihak perlu bersikap sederhana dan tidak menuntut mana-mana pihak supaya memuji mereka hanya kerana bola sepak.

“Tak payahlah kita menuntut orang memuji kita. Kadang-kadang kita berjaya kerana kita dan kadang-kadang kita berjaya kerana orang lain gagal. Seperti semua perkara kadang-kala nasib menyebelahi kita.

Angkuh, sombong, bongkak bukan budaya kita. Usah kita hina cara Melayu atau cara Malaysia kerana Melayu itu bangsa kita. Malaysia itu negara kita,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Annuar memberi contoh, pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) pernah bernasib baik sewaktu mara ke Final Piala AFC apabila pasukan lawan dari Kuwait diharamkan daripada menyertai aksi separuh akhir menyebabkan pasukan yang lebih lemah beraksi di Final.

Beliau berkata pasukan Kelantan juga tidak terkecuali daripada faktor nasib apabila mendapat ‘promotion’ dari Liga Perdana Ke Liga Super satu ketika dulu kerana terdapat pasukan lain menarik diri daripada Liga Super.

“Jadi kita terima realiti nasib dan tidak harus kita perkecilkan pencapaian sesiapa,” katanya tanpa merujuk kepada sesiapa.

Namun begitu ia berkemungkinan berkaitan tulisan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengenai kejayaan Faiz Subri yang memenangi anugerah Puskas Fifa 2016 semalam.

APA KATA ANDA