Naib Presiden Amanah Datuk Husam Musa berkata beliau melihat sendiri bukti PAS menerima wang daripada Umno, dan jumlahnya lebih daripada RM90 juta, angka yang diberikan oleh portal Sarawak Report.

“Saya tidak bermain dengan kata-kata. Saya bercakap selepas saya melihat sumber maklumat tersebut dan memastikan maklumat itu tepat dan benar,” kata bekas exco kanan Kelantan itu dalam sesi dialog Rabu lalu.

Pada 21 April lalu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memfailkan saman fitnah di Mahkamah Tinggi London terhadap editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown, berhubung artikel pada 6 Ogos 2016, yang mendakwa RM90 juta dimasukkan ke akaun pemimpin atasan PAS sebagai usaha Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak “menarik” kepimpinan parti Islam itu menyokong Barisan Nasional.

Dalam saman Baru-baru ini, Clare dalam tuntutan balas terhadap saman Hadi itu mendakwa sumber maklumatnya ialah bekas presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan.

“Ambiga memberitahu defendan sumbernya yang dikatakan boleh dipercayai, menganggarkan jumlah yang dibayar itu sekitar RM90 juta,” kata Clare dalam afidavitnya bertarikh 11 Oktober lalu.

Bagaimanapun, Husam berkata jumlah yang diterima PAS “lebih besar” daripada RM90 juta.

Beliau sekali lagi menamakan sebuah bank komersial yang menerima wang tersebut untuk disalurkan kepada pimpinan PAS

Bagaimanapun, Husam berkata beliau terikat dengan Akta Perkhidmatan Kewangan yang tidak membenarkannya membutirkan maklumat itu.

Husam turut mempersoalkan bekas partinya yang sebelum ini “beria-ria” mahu menyamannya.

“Tetapi kini sudah sunyi tidak berbangkit lagi. Transaksi tidak boleh dipadam. Presiden PAS mesti perlu tunjukkan ketegasan. Sampai hari ini, presiden PAS tidak tunjukkan ketegasan bahkan tidak banyak komen diberikan,” katanya.

Husam dipecat daripada PAS pada Mei 2016 kerana mengkritik kepimpinan parti itu, sebelum menyertai Amanah.

Clare dalam satu pernyataan pertahanan dalam saman yang difailkan Hadi, turut menamakan beberapa pemimpin PAS yang mendapat manfaat daripada wang yang didakwa diberi oleh Umno.

Antaranya ialah kenderaan mewah selain beberapa barangan lain yang dibeli pemimpin terbabit, katanya.

Susulan nama Ambiga dibangkitkan, polis dilaporkan akan menyiasatnya atas tuduhan mencetuskan keresahan awam. – FMT

Artikel Berkaitan

2 KOMEN

  1. BILA NAK SAMANnya, jangan cuma cakap-cakap kosong SAMAN.
    Habok pun tarak, maknanya betullah apa yang Husam cakap ni.
    Transeksi bank ada kat dia.
    Dia tak boleh dedah, kang kena tangkap atas tuduhan PECAH RAHSIA
    dibawah BAFA.

BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here