Aishah mula ngeri dengan PAS, Leman Raja Lawak rela dipecat

Aishah‘Tahniah’ kepada Presiden Tuan Guru Datuk Haji Abdul Hadi Awang.

Anak Tun Ghafar Baba cabut lari dari PAS, tak kena cara Mat Taib bekas MB Selangor akan ‘blah’ dari PAS. Aishah kini sedikit ngeri dengan PAS dan kini juga Leman Raja Lawak rela dipecat parti.

Berikut kenyataan-kenyataan bekas penyanyi Wan Aishah binti Wan Ariffin atau lebih dikenali sebagai Aishah di Facebook yang dipetik Ahmad Dhuha Sobri, facebooker PR. Aishah menyertai PAS 2012 lalu.

Aishah2“Masa saya mula-mula masuk PAS saya sangat impress kerana PAS telah melangkah dari parti pak lebai ke parti yang lebih terbuka kepada jemaah berbagai-bagai bidang.

“Tapi sekarang tidak lagi begitu..PAS For All has become a bit of a joke.”

“Sebagai orang baru…saya terkejut dengan penggunaan bahasa setengah-setangah orang yang dipanggil faqih dalam agama.

“Rasanya dalam industri yang orang anggap jahil pun masih ada sikap toleransi dan hormat. Sekarang maki hamunnya.

“Saya tak kecewa dengan perjuangan Islam tetapi saya kecewa dengan apa yang berlaku dalam PAS yang kononnya perjuangan Islam…

“Ini ke akhlak yang nak kita tunjukkan pada non muslims bila sesama jemaah pun berantakan…respect has to be earned not commanded from..,” kenyataan Aishah dipetik.

Kini Leman Raja Lawak redha dipecat parti kerana mengkritik situasi PAS ketika ini.

“Lepas ni kami jadi macam Hassan Ali laaa..

“Bila suarakan pendapat dan idea sikit supaya ustaz-ustaz jangan terlalu extrim dan harus membuat pendekatan kepada orang bukan Islam menyokong parti PAS dan jangan kecewakan harapan anak-anak muda yang mengundi PAS..Didesaknya pula suruh pecat.

“Kami redho je lah …Lagi pon kami baru ja dalam parti PAS…takda sumbangan apa-apa pon.Terima kasih,” katanya melalui Facebook semalam.

Komen Anda

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *