SHARE

Hubungan kerjasama yang wujud antara PAS dan Umno tidak melibatkan akar umbi di Kelantan sebaliknya ia dilaksanakan kepimpinan tertinggi kedua-dua parti di peringkat pusat, kata Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Nozula Mad Diah.

Ahli Dewan Undangan Negeri Paloh itu berkata, Umno dan PAS di Kelantan tidak melaksanakan sebarang kerjasama kerana kedua-dua parti itu adalah musuh ketat.

“Apa yang kita buat itu adalah untuk membiarkan PAS berseorangan sebab kita takut ada orang lain lamar PAS untuk bekerjasama dengan mereka.

“Perbincangan mengenai kerjasama hanya dilakukan di peringkat nasional, di Kelantan tidak ada perbincangan secara rasmi, kita masih musuh ketat,” kata Nozula kepada The Malaysian Insight.

Nozula berkata, adalah mustahil untuk Umno bekerjasama dengan PAS di Kelantan kerana akar umbi parti itu berdendam dengan PAS.

“Bila pusat kata ada kerjasama kita perlahan sedikit serang PAS, tapi kemudian kita tikam mereka balik,” katanya lagi, lapor  The Malaysian Insight.

Artikel Berkaitan

BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here