Zahid Pernah Ada RM230 Juta Dalam Akaun – Tun Mahathir

Sebelum ini Tun Mahathir berkata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Zahid Hamidi  meminta restunya ‘menjatuhkan’ Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Kini Tun Mahathir membuat pendedahan seterusnya.

Dalam entri terbaharu Chedet.cc, Tun Mahathir berkata, semasa beliau menjadi Perdana Menteri, Ahmad Zahid pernah membuat deklarasi harta berjumlah RM230 juta yang terdapat dalam akaunnya dan beliau bertanya dari mana RM230 juta itu diperolehi.

“Berkenaan dengan Melayu mudah lupa, walaupun Zahid bukan keturunan Melayu, sudahkah Zahid lupa deklarasi harta yang dibuat olehnya kepada saya sebagai Perdana Menteri apabila ia dilantik Ketua Pemuda UMNO.

“Apabila saya tanya dari mana ia perolehi RM230 juta yang ada dalam akaunnya, jawapannya kurang jelas,” tulis Tun Mahathir.

Artikel Berkaitan

Apa Kata Anda

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *