Ada Lagi Artis Bakal Muflis – LHDN

LHDNBeberapa selebriti tempatan bakal diisytiharkan muflis ekoran gagal menjelaskan hutang cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Pegawai Perhubungan Awam LHDN, Masrun Maslim, berkata artis terbabit akan dikenakan tindakan jika mereka tidak berusaha untuk menjelaskan tunggakan terbabit.

Baru-baru ini, LHDN bertindak mengiklankan notis muflis di sebuah akhbar dan nama pelakon popular, Shaheizy Sam, antara yang disenaraikan .

“Saya tidak mahu kata ramai (artis), tetapi dalam rekod kami, memang ada selebriti yang akan dikenakan tindakan serupa (seperti Sam) selepas ini.

“Hanya tunggu masa saja. Jika mereka tidak mengambil usaha untuk menjelaskan tunggakan, mereka boleh dibawa ke mahkamah dan seterusnya diambil tindakan muflis. Ia adalah prosedur biasa dalam pungutan cukai,” katanya kepada BH Online.

Masrun juga berkata, artis yang masih tidak tahu mengenai cukai pendapatan yang harus dibayar, boleh melayari laman sesawang agensi terbabit.

“Segala maklumat mengenai tanggungjawab percukaian boleh dicari di laman sesawang LHDN.

“Terpulang kepada selebriti itu untuk mengambil tahu mengenai cukai mereka. Jika masih tidak faham, mereka boleh berjumpa pegawai kami bagi mendapatkan penerangan.

“Jangan hanya tunggu kami datang kepada mereka. Prosedur tetap sama untuk semua orang dan tiada yang istimewa,” tegasnya. – BH Online

Artikel Berkaitan

Apa Kata Anda

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *