Harian metro melaporkan bagaimana seorang suami dan ayah yang berperangai jijik menyamai binatang. Seorang isteri yang juga penjawat awam sering dipaksa suaminya yang juga berusia 30-an melakukan aksi seks, termasuk luar tabii di hadapan ketiga-tiga anak mereka di ruang tamu rumah sejak tujuh tahun lalu. Ia berlaku di Kangar, Perlis.
Lebih mengaibkan dan menjijikkan suami bernafsu binatang itu juga gemar merakam aksi ‘bersama’ mereka sejak malam pertama perkahwinan sehingga kini.
Apa yang ditanam itulah yang diperolehi, kini anak perempuan mereka yang berusia tujuh tahun sering melakonkan kembali adegan seks itu bersama abang sulungnya berusia 15 tahun. Anak rosak binasa kerana perbuatan ayah mereka.
Setelah mendapat anak pertama, suaminya bertambah pelik dengan memaksanya melakukan aksi bersama termasuk di luar tabii di hadapan ketiga-tiga anak mereka, astarghfirullah. Isteri akan dibelasah jika enggan menurut kemahuan suami.
Bukan setakat merakam aksi seks, aksi kencing isteri pun dirakam. Si suami berkahwin lagi awal bulan lalu dan amat malanglah isteri barunya.
Tidak tahan dengan tabiat buruk suaminya, wanita berkenaan memohon fasakh untuk bercerai dan membuat laporan polis awal bulan lalu.
Silap isteri….. kenapa pilihannya memohon fasakh terpaksa sehinggga ke 15 tahun. Adakah dia tidak mempunyai pilihan sebelum ini?


Komen Terkini