Abang Tiri Presiden Korea Utara Mati Dibunuh di KLIA

Abang tiri kepada Presiden Korea Utara mati selepas kepalanya diserkup dengan kain mengandungi cecair, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pagi semalam.

Kejadian berlaku sekitar jam 8 pagi ketika Kim Jong Nam dilaporkan sedang berada di satu sudut di balai berlepas KLIA, untuk menaiki penebangan ke Macau selepas tiba ke Malaysia sejak 6 Februari lalu.

Ketika kejadian, seorang wanita dilaporkan menghampiri mangsa sebelum menyerkup kepalanya dengan kain yang mengandungi cecair sebelum menghilangkan diri.

“Jong nam yang mengalami pedih mata kemudian mendapatkan bantuan di kaunter KLIA sebelum dihantar ke Hospital Putrajaya dan disahkan meninggal ketika dalam perjalanan, ” kata Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat kepada Berita Harian.

Komen Anda

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *