Pengguna Facebook yang menyatakan sokongan kepada BN dan Umno jumlahnya dua kali ganda lebih ramai daripada penyokong pembangkang setakat Julai lepas.

Pengerusi Biro Informasi dan Teknologi (IT) Umno, Datuk Ahmad Maslan menyatakan ulasan tentang ‘tweet’ yang dilapor oleh Malay Mail Online dua hari lalu.

“Tweet sebegini adalah perkara menarik kerana ia dibuat oleh pihak ketiga dan tidak ada kaitan parti politik iaitu Politweet yang disiarkan oleh Malay Mail di mana kajian terhadap pengguna Facebook sokongan terhadap Umno dan Pakatan Harapan.

“Malah, angka Facebook yang menyokong Umno sebanyak 4.4 juta dan pembangkang pula angkanya separuh daripada itu menunjukkan parti kita semakin kuat,” kata dipetik Bernama selepas Program Bengkel Teknikal Maya peringkat negeri Terengganu.

Beliau juga berkata ini adalah kali pertama kajian sebegitu meletakkan Umno di hadapan pembangkang dalam perang media sosial.

Sebelum itu beliau menyatakan jentera siber BN perlu menyebarkan perkara yang positif sebelum menjelangnya Pilihanraya Umum ke-14.

“Saya harap, kita dapat perangi fitnah media sosial dan minta jentera siber BN memerangi fitnah media sosial ini yang dibuat oleh pihak pembangkang kerana kita ada banyak perkara (positif) yang boleh disebarkan,” katanya.

2 KOMEN

  1. Baguslah. Cepat-cepat adakan PRU14 sebelum sokongan tu berpindah.
    HAHAHAHA………………..Ada berani.????

  2. Taniah la Mad sb buat homework.suruh Najib buat PRU cepat cepat takut nnti ”penyokong” tukar fikiran.hehehe.sejuk Hati Najib dengaq komen hang.

BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here