SHARE

KuliJawapan Ku Li atau Tengku Razaleigh Hamzah setelah menandatangani Deklarasi Kelantan yang menyokong Najib sebelum ini. Kata Ku Li beliau tidak menyokong mana-mana pihak Datuk Seri Najib Razak mahupun Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sebagai ahli Umno, kata Ku Li pendiriannya lebih berpihak kepada parti selagi perkara yang diputuskan parti berkenaan tidak bertentangan dengan undang-undang.

“Saya tidak sokong sesiapa. Saya ahli Umno dan bersama parti saya. Kalau orang itu bukan lagi bersama parti, macam mana saya nak bersama walaupun ada persamaan pemikiran.

“Saya perlu pertimbangkan apa yang Umno putuskan. Sekiranya Umno putuskan perkara bertentangan undang-undang, tak boleh ikut kerana sebagai ahli parlimen, saya bersumpah mempertahankan perlembagaan negara. Yang tidak benar, saya tidak boleh sokong,” katanya dipetik Sinar Harian ketika menghadiri Majlis Perjumpaan Ibu Bapa di Paloh 1, di sini.

Ditanya mengenai keupayaan Mahathir meraih sokongan, Ku Li memberitahu, bekas pemimpin itu mungkin boleh meneruskan perjalanan politik sekiranya ada pengaruh dan sokongan orang ramai.

“Kalau ikut perlembagaan, Perdana Menteri hanya boleh dilucutkan jawatan dengan kuasa ahli parlimen. Sekiranya ada yang berjaya pujuk dan majoriti tidak mahu (Datuk Seri) Najib, ia boleh dilakukan dengan mengundi usul yang dibawa di Dewan Rakyat.

“Maka Yang Dipertuan Agong terpaksa bertindak menukar Perdana Menteri atau kerajaan. Bagaimanapun, langkah paling baik tunggu pilihan raya,” katanya lagi.

Tentang 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Ku Li kekal berpendirian dengan berpegang kepada kebenaran setelah laporan Ketua Audit Negara siap sepenuhnya.

“Ahli parlimen dan orang ramai desak agar laporan itu dibentangkan di parlimen. Kita tengoklah nanti. Namun, pendirian saya jelas di mana apabila laporan siap, kita akan pertimbangkan.

“Ia soal benar atau tidak dan saya hanya berpegang kepada kebenaran. Sekarang, kita tak tahu lagi apa laporannya kerana masih dirahsiakan menerusi Akta Rahsia Rasmi,” jelasnya lagi.

Artikel Berkaitan

1 KOMEN

  1. Saya bukan nak sokong Najib, Mahathir atau Kuli. Tapi kita sebagai rakyat harus patuh pada pemimpin yg kita pilih setiap pilihanraya. Kalau rasa tak puashati terhadap kepimpinan seseorang, pilih aje calon yg sesuai untuk dijadikan pengganti. Rakyat kelantan, pulau pinang dan selangor dah bijak pilih pemimpin mereka. Adakah mereka berpuashati dengan apa yang ada sekarang? Rasanya tidak, sebab kita dibawah ni, memang nampak kelemahan pemimpin, ditambah lagi dengan seribu taktik politik untuk menjatuhkan seseorang melalui pelbagai saluran media. Jadi sesiapa pun yang jadi pemimpin, kita harus hormati tak kira la, Najib ke, Lim Guan Eng ke, Azmin Ali ke atau Ahmad Yakob. Kalau tak suka dia orang, pilih aje orang lain masa PRU, abis cerita dan siasat apa dia orang buat masa jadi pemimpin. Kalau ada kesalahan, dakwa aje kat mahkamah.

BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here