SHARE

Senario Pertama – PAS bertindak sebagai ‘pemusnah’ sehingga membolehkan BN memperoleh 113 daripada 165 kerusi Parlimen di Semenanjung.

PAS hanya akan mengekalkan 6 kerusi berbanding 21 yang mereka menang pada 2013.

Kemungkinan itu berlaku sekiranya BN mengalami penurunan 1% undi kalangan kaum Melayu tetapi memperoleh tambahan 10% peratus masyarakat Cina dan kaum India pula 5%.

Ia bersandarkan kepada keputusan pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada Jun 2016.

Senario Kedua – BN dan PH akan memperoleh 80 kerusi manakala PAS pula 5.

Ia hanya akan berlaku sekiranya BN menyaksikan penurunan 5% undi kalangan orang Melayu, masing-masing 1% undi kaum Cina, India dan lain-lain kaum.

Senario Ketiga – PH akan memperoleh 113 kerusi Parlimen di Semenanjung, BN 50 manakala PAS pula 2.

Senario ini juga sekiranya PH dapat menarik 10% pengundi Melayu dan 5% sokongan pengundi Cina dan India dari BN berbanding PRU13. Tsunami politik Malaysia berlaku sekali lagi, PH akan membentuk kerajaan persekutuan.

Semua senario ini berdasarkan, DAP dan PKR akan bertanding di kerusi mereka tanding sebelum ini dalam PRU13, Amanah dan PPBM akan bertanding di kerusi yang sebelum ini ditandingi PAS dan PAS akan bertanding di semua kerusi Parlimen di Semenanjung.

Pada PRU 2013 BN memperoleh 85 kerusi Parlimen di Semenanjung daripada 222 kerusi Parlimen seluruh negara.

Senario di atas adalah berdasarkan kepada pendapat pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.

Artikel Berkaitan

BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here