2 sebab Pemuda UMNO julang Najib – Shahbudin

Julang_NajibTindakan Pemuda UMNO menjulang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak boleh menimbulkan kebencian rakyat terhadap beliau.

“Apakah Pemuda UMNO, di mana ketika mulut menyatakan sokongan tetapi sebenarnya bertindak bertentangan iaitu mahukan Najib makin dibenci dan dijauhi,” tulis Shahbudin Husin di blognya, shahbudindotcom.blogspot,com.

Bekas Ketua Bahagian UMNO Setiawangsa itu berkata, motif Pemuda UMNO menjulang Najib selepas pertemuan pada Isnin hanya boleh dikaitkan dengan dua kemungkinan sahaja.

“Tindakan menjulang itu akan memprovokasi Tun Mahathir agar terus menyerang Najib atau sebagai membalas dendam pada Tun Mahathir yang pernah dimusuhi Pemuda UMNO ketika era kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi,” tulisnya.

Apapun motifnya, Shahbudin mengakui, Najib tidak boleh dijulang kerana beliau tidak memenangi sebarang pertandingan dan belum lagi menang dalam pertembungannya dengan, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Bukankah lebih natural jika sekadar bertemu, mendengar penjelasan dan menyatakan sokongan saja,” soalnya.

Namun, beliau tidak menolak tindakan itu sebagai satu sindiran kepada Najib supaya Perdana Menteri keliru mengapa beliau dijulang ataupun sindiran supaya terus bergasak dengan Dr Mahathir.

Katanya, oleh kerana Najib tidak menjawab banyak persoalan yang ditujukan kepadanya, Ahli Parlimen Pekan itu seharusnya lebih memperlihatkan watak merendah diri dan merakyatkan kepimpinan.- Free Malaysia Today

Artikel Berkaitan

Apa Kata Anda

One thought on “2 sebab Pemuda UMNO julang Najib – Shahbudin

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *