Dua pengawal diraja Arab Saudi maut, manakala 3 cedera ditembak seorang lelaki, lapor AFP dipetik BH Online.

Kejadian berlaku di pintu pagar istana di Jeddah. Lelaki warga Arab Saudi berusia 28 tahun yang bersenjatakan Kalashnikov dan tiga bom tangan bagaimanapun ditembak mati pengawal diraja selepas melancarkan serangan.

“Seorang lelaki keluar daripada sebuah kereta dan terus melepaskan tembakan ke arah pos kawalan diraja,” menurut satu kenyataan yang disiarkan agensi Saudi Press.

Kenyataan itu menyebut serangan lelaki terbabit menyebabkan dua pengawal terbunuh dan pengawal lain bertindak balas terhadap penyerang.

Terdahulu, Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Arab Saudi memberi amaran kepada rakyatnya berhubung serangan terbabit.

Amaran itu dikeluarkan sejurus selepas polis Arab Saudi menyerbu tempat persembunyian pengganas yang dipercayai mempunyai kaitan dengan militan Daesh minggu ini yang mana dua terbunuh dan lima lagi ditahan.

1 KOMEN

BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here